20110731

Entry sadis 1


Assalamualaikum.

I feel lonely right now. Rasa kosong. Sedih pon ada tapi x tahu lah kenapa. Hormone punya pasal rasa-rasa? Ke sebab baca blog orang yg mostly tengah layan syahdu sampai jiwa sendiri ter-bluetooth dengan rasa syahdu depa semua??

Persetankan. Mainan perasaan. Apa budak-budak kata? Jiwa kacau? Hik. 

Let's the story begin! Bajet Harry Potah konon! Sebut betul-betul. Po-Tah!

Dulu orang kata saya x ada perasaan. Gila apa? Orang gila pon ada perasaan tahu? Kucing jalanan pon ada perasaan apetah lagi buaya dan kelawar dihujung kampung. Jangan pertikaikan apa yg kita x tahu. Paham?

X sayang orang yg patut kita sayang. Ni bukan sayang sayang baby whatever major loser tu tahu? Ni sayang yg lebih agung. Eceh. Kosa kata dah meningkat. haktuih!

Frust. Sakit hati kot. Cer korang kena se-das macam tu dengan orang terdekat korang. Paling koman nak sumbat mulut dia dengan lilin 21 batang kn? Tiup n make a wish. Rasa-rasa tu paling mulia dah kot buat macam tu.



Sadis owwh..

Dah la. Tulis panjang-panjang bajet orang baca sepatah-sepatah. Jgn harap. Ada jer komen x ada kena mengena dgn entry. Kah kah kah! Sapa suruh awak tu bosan sgt Zuraini oi.


20110730

Kita lawan siapa lagi kuat huh?


Assalamualaikum.

Dah 3 hari x update blog. Buntu tahu? Idea kontang entah sape yg hirup tah. Sighs. Wordless Wednesday tu pon yg paling cikai sekali update blog. Teghok. Baik x payah ada blog. Tu la kau. Orang ada blog kau pon sibuk nak ada blog. Amacam? Sentap? Tabaik sentap nanti gaduh. Tehee.

Sentap tu marah la kan? Ke setakat hati terbakar? Panas hati? Kenapa kalau marah jer mesti nak cakap panas hati lah, hempedu lah, cuping telinga pon jadi mangsa panas. 

Saya? Perut yg panas. Serious. Sebab apa? Perut tempat yg banyak salur darah. Oxygenated blood is hot. What the? Bukan bukan. Sape suruh translate sepatah-sepatah. Patah otak kau nak paham.

Marah ni ikut nafsu. Betul? Idk. Nama panjangnya I dont know. Bajet readers lame gila x tahu idk tu apa. *Facepalm berjemaah sekarang!

Selalunya sure ada la korang pernah terbaca cara tangani perasaan marah. Kalau berdiri, duduk. Dah duduk, baring. Apesal x menjadi kat saya? Syaitanirrojim betul perangai kawan kau sorang ni.


Seriously. I told you. I'm bad-tempered person. Pantang salah sikit dah melenting. Lagi-lagi dengan orang-orang yg memang dah khatam dengan perangai saya. Seperti mak, kawan-kawan dan mak. Tapi kawan pon bukan semua. Mostly sendu dalam hati.

Saborr je lah. Lagi satu memang saya hangen kalau orang cakap benda yg sama berulang kali. Durhh.. Ingat otak den ni la mim pa ya sangat ke? Tahulah saya bukan budak 4 flat. 

Tapi sekarang dah malas nak layan. Ignorance is the best solution. Tarik nafasss.. Hembus. Ok? Even buat dek je pon still sakit hati. Saya manusia hati bernafsu. Nafsu marah. Mahu kena asthma attack bila tahan sabar. Paling koman heart attack. Then kojol. Ye dak?



Selamat berpuasa dan menahan amarah. Pesanan ikhlas dari bekas pemarah. Erk?

20110726

Fast, schnell, puasa, rapide, سريع, 빠른

Assalamualaikum.


Ok. Toksah dok risau. Besok baru hari Rabu. Puasa Isnin minggu depan ye kawan-kawan. Syukurlah bagi anda dan anda yg boleh berpuasa. I mean mampu berpuasa minggu depan. :D

As everybody knows, bukan semua orang panjang umur kan? Yang mampu untuk berpuasa lagi untuk tahun ni. Now, I realized the statement of "syukurlah kita dapat berjumpa dengan Ramadhan yg akan datang".

Ini kerana ada di antara kita yg dah pergi tinggalkan kita dan x dpt berjumpa dengan Ramadhan kali ni. Ajal. Sesaat x boleh nak elak. Baca 41 kali Al-Fatihah boleh elak macam-macam perkara x diingini kecuali mati. See? Kematian itu satu yg pasti.

Ramadhan kali ni banyak bezanya. Ni 1st time dapat puasa full kat rumah after about 8 years been far from home. That's sounds good right? Tapi dah x ada siapa yg nak ajar saya niat sahur macam dulu. X ada siapa nak tgok Jejak Rasul sama-sama dengan saya, x ada siapa nak pergi bazar Ramadhan dengan saya dah.

And the list goes on.. Now, it turns to hurtful feeling. Sakit kepala tahu? Ok. Lets put this to an end.

Pesanan empunya blog: Semoga awak semua berpusa penuh yep. Jangan pose yangyok! hik. :) Have a nice day people.








20110724

PHOTO GEDIK TO THE MAX


Assalamualaikum 


Cuti 4 bulan memang tabaik untuk kesihatan mental sendiri mahupun webcam.
Nak pakai tudung betul-betul tengok kat cik Dian Pelangi. Saya bukan fashionista tangan ajaib pakai pape semua menjadi. Sobs :(


nota kaki: apesal saya buat x "flowy" pon? .sighs.

selamat malam Msia! Jom pergi Bukit Jalil minggu depan! Jom? hik. :)


20110722

Bila pak cik taxi bagi nasihat..


Assalamualaikum bloggers!!

Eksaited kot bila join segmen Suhazli. Dapat gak tahu bloggers mana yg sama U dgn saya. Bakal junior pon ada. Siap kena siang dgn senior lepas ni. Tehee. Tapi nanti tegur kat library fakulti saya yg malu. Siyes wa ckp sama lu. Malu okey?

Kantoi la pulak saya ni budak nerd coz selalu lepak kat library. Tipu gila. Masuk library nak baca paper je x pon bila mentari memancar.Silau bijik mate den. Bila suhu badan dah jatuh 5 darjah celcius cepat-cepat capai beg lari keluar. Takut jadi vampire muka pucat bila masuk lecture hall. (--')

Apehal muka diorang x pucat mcm Edward Cullen? Ni ciplak punya vampire. Sighs.

Entry ni bukan nak cerita pasal library saya yg sendiri boleh konpius ni library ke lori air batu. Bukan bukan. Tapi saya nak cerita pasal ada sorang pak cik taxi ni. Saya selalu balik rumah dari ktm naik taxi. Bajet kaya sangat. Konon. Padahal pemalas nak jalan pergi terminal bus dgn beg baju busuk. Dasar pompuan err...

Bukan apa. Berat kot plus jaoh kot terminal bus tuh! Saya pompuan tak punyai kudrat seperti badang. Pfft. Ayat sastera. Then naik lah taxi pak cik ni. Tah apa nama saya x kuasa nak tanya. Kang dia kata saya nak masuk jarum plak. Prasangka buruk. Tabaik tahu kawan-kawan. Haha.

Say no to negative thinking n smoking coz both give me heart attack (--')

Tetibe pak cik tu pulak tanya nama saya. Small matter. Nama je kot. Apa daa. So bagitahu je lah. Sekali pak cik tu cakap nama adik dijawikan ada berapa huruf jawi? Paham x what I'm trying to say? Haha. Kiranya nama saya Zuraini so ada 6 huruf jawi lah.

Then dia cakap, adik nanti nak cari jodoh cari lah lelaki yg ada 9 huruf jawi nama dia. Penyabar orangnya. Pak cik ni tahu-tahu je saya ni kurang sabar kan. Getusku dalam hati. (--') Pastu dia sambung. Mesti adik ni senang dapat duit kan? Rezeki mudah nak dapat sebab adik ada 6 huruf jawi.

And I was like,  eh ye ke pak cik? Muka eksaited habis! Sebaik pak cik tu x pandang belakang. tehee. Cepat-cepat bukak pintu hulur duit kaler merah.

Rasa-rasa gadai kuceng ni sekor brape kali saya boleh naik taxi pak cik ek? (--')

Moral of the story: Siapa nama dia ada 9 huruf?? :P

20110720

Saya dari universiti...

Assalamualaikum & selamat malam :)


Adoy. Apesal lurus bendul betul saya ni sampai tajuk pon ikut bulat-bulat apa yg En Suhazli suruh tulis. Cikgu ajar x nak pulak ikut bulat-bulat. Nak kena rotan se-das agaknye. "Bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat". Ape kena mengena? (--')

Sebaek en Suhazli tepek logo U saya kalau x saya boycott! Haha. Kejam (--') Tapi apesal UUM punya paling besau? X puas hati pulak dah (--') ahah. So, saya budak UPM. Universiti Putra Malaysia. Fakulti perubatan veterinar dan duduk kolej 17. Peh. Semua nak bagitau plak. N I'll be a third year student soon! Wah! X pecaya. *kelip-kelip mata

LBNL, I'm so grateful to know you. Yes. You. Let make friends bebeh!

Ok. bye. Eh, orang panggil saya Zuxue, awak pon boleh panggil saya zuxue jugak. Bye lagi sekali.





Saya budak sains sejak berumur 10 tahun. So?

Assalamualaikum kalian :D

Saya rasa semua orang Malaysia yg berumur 20 tahun dan ke atas belajar sains since year 4. Am I right? Belajar pasal macam mana nak bukak penutup mayonis yg ketat tahap x-hengat dengan air panas or bakar daun kering guna magnifying glass. Kan? Sila angguk. Tehee. Bukannya apa persamaan mayonis dengan err.. tah!

Mcm ni ye adik-adik (--')

Xpon buat volcano time open day sekolah or so-called hari sains? or minggu sains? Err.. whatever. Haha. See? Semua orang tahu kan? Angkat kening sebelah sket! Ceh. Bajet confident je saya ni kan.

Ehsan Google.

So apa yg saya nak cerita sebenarnya pasal jadi budak sains ni lah. Saya memang budak sains dari dulu sampai sekarang. Sebati dah macam susu dengan milo. Masuk sekolah menengah pon amek pure science, matric pon science gak. Masuk u lagi x payah cakap. Physic dah x nampak batang hidung. Math masih samar-samar. Biology ni memang sayang saya betul gamaknye.

So, nak dijadikan cerita, saya ada sorang kawan. Lelaki. Ape motif bagitau jantina org kat org ramai ni? (--') Dia cakap err..bagitau kot. Dia x berapa nak suka err suka ni maksudnya suka yg suka lah! U know it lah! Tehee.. Dia ni kureng sikit dengan pompuan engineering.

Apehal pulak kan? Sure pompuan-pompuan engineering dah berasap baca ni. Eh. Ada ke? huuhu. And I asked him why? Pastu dia explain lah bahwasanya bila sorang pompuan masuk course yg lelaki tonggak utama seperti engnrg automatik-ly dia akan berkawan dengan ramai lelaki. 

Lelaki. Sinonimye? Weyh! Lu pehal x ajak gua g tgok Msia lwn liverpool itu hari?! Nak kena rembat pe? Itulah sinonimye ye. Ke x paham? haha. Maksud dia bila dah kawan dgn ramai laki pompuan tu jd kasar la sikit. Tu di mata kawan saya lah.

And I was like.. So ko suka pompuan amek sains la ni? And he answered "yep lagi best dapat Doc sebab korang lembut sikit". Pastu saya cm apehal mamat ni. Nak main tarik tali apa? Cis! Ahaha. Saya pon balas dengan padunye!

"Aku amek sains tapi x lembut pon macam amoeba"


                         Ini amoeba. Haiwan ber-cell satu.
Tsk.





20110719

Cita-cita saya nak jadi detektif!

Assalamualaikum

Nak buat post ni isi dah ada tapi tajuk x tau nak letak apa. Tajuk mestilah catchy kan? tehee. Tajuk mantap tp isi tah pape still rasa malas nak baca jugak kan? Ye kan kan? Tapi post ni tajuk dengan isi sekali ke laut. Huu..(--') Sadis betul bila writer cam saya ni x ada kreativiti dan nilai estetika. Betul ke eja? (--')

So, lets the story begin!

Dulu masa darjah 1 ada kad pasal pekerjaan mak bapak lepastu dia ada tanya cita-cita, tinggi, berat mcm-mcm lagi lah. Kad kaler kuning sebesar 2 kertas A4. X tahu lah apa motif nak buat kad mcm tu besar-besar. Tempat nak tulis tetap kecik jugak. (--') Setiap tahun kena timbang berat, ukur tinggi, tulis cita-cita. Sebaek bukan tiap-tiap tahun kena tukar nama parents. Fuh!

Bukan kad ni lah. Tahu lah sekarang tgah demam bola kan..

Sebab kad tu lah saya punya cita-cita tukar setiap tahun. Lama-lama konpius nak jadi apa. Pengaruh buruk betul kad kuning tu kan? Dah la setahun cikgu kelas nak 3 cita-cita. 6 tahun kat sekolah rendah? 3 darab 6 lapan belas. Banyak tu! 

Time nak timbang berat time tu lah cikgu sibuk nak tanya nak jadi apa. Budak 6 tahun setengah otak x reti nak bahagi-bahagi. Apa lagi jerit kat kawan 1 meter setengah semata nak tanya cita-cita apa. Cita-cita kawan pon cita-cita saya jugak. No hal lah!

Aim high okay?

Mula-mula nak jadi doktor, lepastu peguam,nurse,polis, detektif! and the list goes on. Detektif tu! Jangan main-main ok. Haha. Ni semua pasal selalu sangat baca buku siri salma tu xpon nancy drews. Tu pasal la jadi macam ni. Konon nak jadi macam Salma lam cerita ni lah kan.

Ni yg baru sikit.


Ni yg dah lama. 

Wah!! X pecaya betul la. Zaman budak-budak memg cepat terpengaruh. Haha. Noob betul. Tapi cecita nak jadi detektif tu still tesemat lam hati lagi sampai la sekarang. Haha..








20110718

Saya nak tahu siapa yg ada PMS sebenarnya?


Assalamualaikum.



Gelak puas-puas ok?


Saya x paham betul. Apesal manusia berjantina lelaki ber-chromosome XY nak emo x tentu pasal? 

 Pompuan boleh consider.

Awak PMS ke apa? Control sikit please.

Nanti ada yg melayang. X melayang. Hilang

Senang sikit hidup saya.

Thanks.

Jangan nak marah sangat tahu? 
nanti orang yg kamu sayang hilang.  
mesti x nak kn?



20110711

Makhluk Tuhan paling comel

Assalamualaikum

Dulu masa kecil kakak saya suka bela kucing dan juga arnab. Macam x lengkap rumah x ada kucing macam makan bakso tanpa meatball. Hakikatnya, saya x suka bakso sebab saya prefer bolognese with chicken ball kat pizza hut tu. Tehee. Anak tekak cukup demanding.(--')

Psst! Pizza buat promo la plak tapi mana bolognese saya?!


Jimi colour ginger. Lebih kurang macam ni lah. Eh. Jimi dgn Billy keturunan sama ke?

1st kucing nama dia Jimmy Asmara. Nama nak romantik-romantik je haiwan tu. Almaklumlah time tu tengah famous pasal cerita Jimmy Asmara. Sapa ingat angkat jari telunjuk dari tetikus anda! Eh. Nama tu silap eja pulak. It's actually Jimi Asmara. Tuan pon sama nak bagi nama kucing urban style. Pfft (--')

Manusia x pernah mati kerana cinta, tapi cinta cukup meracuni hidup manusia. Eceh!

Ini kucing 1st dan berkawan dengan seekor webbit berspecies arnab tapi saya dah x ingat nama dia apa. Sebabnya webbit sangat senang mati gara-gara melarikan diri dari pagar rumah lalu dilenyek macam nak buat lepat pisang oleh jentera dipandu manusia pemegang lesen D mahupun B. Sungguh kasihan nasib webbit-webbit ku.

Besaunya webbit!! Ni bukan jentera melanggar webbit tp webbit melanggar jentera

Jimi dengan webbit ni minum milo. Tah dari planet mana tah mereka berdua datang sampai layan milo je. Air colour lain ditepis ke kiri. Sighs. Mereka juga pemakan kangkung. Jimi tu karnivor tapi apehal dia nak makan kangkung. Lihat? Pengaruh rakan sebaya betul. (--')

Selepas kematian webbit-webbit Jimi keseorang dan kesepian lalu keluar berfoya-foya. Bila dah berfoya-foya perangai mula berubah. Tidak sesantun dahulu. Lalu menjadi kemenyampahan abah saya. Akibat dimenyampahi oleh ramai orang lalu Jimi pon meninggalkan dunia kami. Sobs. Lepastu kami bela kucing baru!! HEE.. *ni sedih ke x sebenarnya ni?

Moral of the story: Peer pressure affects all sort of species.

Sekian.

merapu je. x ilimiah langsung saya ni. huh

20110710

Mega giveaway by Yana & cik Putih

Assalamualaikum :D



Blogwalking lepas frust blackcurrant cheese cake yg baru 1st time buat jatuh menyembah bumi. Sobs :'( Bau dah cukup sedap dah. Eceh. Puji diri sendiri pulak. Tapi sayang nya kek tu jatuh. Dugaan. Frust punya pasal tu yg tetbe nak join giveaway ni. 1st time!! 

Nak lepas geram punya pasal so saya blogwalking! Tehee. Jalan-jalan sekali terjumpa blog cik MB. Pastu terjumpa blog cik alyaeyanaqaisara merangkap pemegang nama Yana yg buat giveaway ni jugak. Kemaen sedap nama dia. Boleh buat nama anak in 8 years time. Tehee.

As u people can read, banyak kan sponsor yg bemurah hati nak bagi hadiah. Huu.. Shawls sangat rambang mata tengok plus with all the cute pins which I never wear yet. Loser betul saya ni. Ahaha. (--') 


senarai sponsor :
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.  
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel 
  11. Momo Chan Collection 
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali 
  15. Aimi Craft 
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az 
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa
  23. Kittyshawls
Giveaway ini berlangsung selama sebulan. Dari 8/7 hingga 8/8. Time bulan puasa pon korang boleh join. X batal puasa pon dan x mengeluarkan keringat. Kena tag orang pulak. Hee.. Tag sape yep. Suka hati je tag boleh x? Haha.






20110709

Kenapa ambil dia dari saya?


Arahan keras: Ini adalah background music. Sila tekan play sebelum baca. :P

Assalamualaikum

Post ini nak cerita pasal perkara sedih tapi kalau rasa x sedih buat-buat macam sedih jer. Loser nya cakap macam ni. Sobs :') Korang pernah x dengar lagu ni? Lagu Swift masa dia baru mula-mula jejak kaki dalam bidang nyanyian. Lagu-lagu dia kebanyakannya lagu pasal dia yg x pernah nak dapat lelaki impian. Muka cantik pakej lengkap tapi 1 je x dapat. Her prince charming. Sadis. (--')

Sadis~

Lagu ini pasal cik A minat dekat encik B yg dah ada girlfriend. Owhh.. Cerita ni x ada kena mengena dengan sesapa. Ok? Jadi sila jangan terasa. Eceh. Bagitau awal-awal tu (--;) So, gf encik B ini sungguh la menawan. Ramai orang kata mereka pasangan terindah. Pfft. Sejak bila la saya pandai buat ayat jiwang ni.

Mereka ni dulu kawan rapat ala-ala teman tapi mesra la. Keluar sama-sama makan sama-sama. Dah tu kalau x sama-sama x kan makan dengan Joyah anak perempuan Saipol pulak kan? (--') Orang-orang yang memerhati pon berdesus kata diorang ni bakal lah ni. Memang sah dah. Sah sah? Ok. Sah. Memang sah nak more than a friend.

Sekali cik A ni try la main tarik tali tangsi sikit. Saje. Nak tengok encik B gelabah ke x. Owhh. Gelabah ayam rupanya. Ye la. Baru x message 12 jam dalam sehari dah gelabah ingat cik A x ok. So cik A try lagi x contact tapi lama-lama encik B macam dah give up. Urghh.. bosan betul lelaki give up give up ni kan? Sila setuju wahai perempuan-perempuan. Hee.. :D

  Nah. Sijil give up i untuk u

Dipendekkan cerita. Ye la korang sure bosan baca post merapu panjang 3km kan? Baik mengaku. Saya janji x rotan kalian. So, mereka semakin hari semakin renggang bagai lantai kayu jati dimakan anai-anai. Owhh. Lama-lama roboh. Paling sadis bila encik B mendapat orang lain yg jugak seangkatan dengan cik A lalu meng-couple kan diri sendiri dan menayang-nayang ke pelosok alam. Macam lah cik A ni x hidup kat planet yg sama. (--')

Kejam. Bercerita perihal gf baru dengan cik A macam dahulu x pernah jadi apa-apa. Berbual kencang macam cik A x ada perasaan layak sebiji robot transformer. Lalu depan encik B, cik A tetap senyum macam dahulu dan sampai sekarang dia x ada pengganti. Sobs. Malangnya gf menawan encik B buat x endah je padahal dia dah ambil lelaki masa depan cik A. Sekian. Tepuk-tepuk :P

Cik A: Sampai hati awak ambil dia dari saya. Kenapa? :'(

 "Drew looks at me, I fake a smile so he won't see
That I want and I'm needing everything that we should be
I'll bet she's beautiful, that girl he talks about
And she's got everything that I have to live without"



Cerita x sedih dan membosankan. Yep. Saya tahu. (--')

20110708

Nama itu satu doa

Assalamualaikum


Dulu masa darjah 6 selalu budak-budak laki main-main nama bapak. Memang hangin satu kepala. Nak buang angin kita pon ejek nama bapak diorang sekali. Teruk-teruk. Budak-budak ada je jalan nak main. Ada je cara nak pedajal kawan-kawan. Dah besar menganjeng sampai si kawan tu sentap. Hati manusia. Rapuh. Fragile. Macam saya.


Please handle with care

Macam dalam cerita P.Ramlee. Ini kepala bapak kau ini kepala bapak aku. Kau pijak aku punya aku pijak kau punya. Lagi kurang asam. Tehee.. Sekarang bukan nak cerita pasal hal siapa pijak kepala siapa. Bukan bukan. Ini post nak cerita pasal nama. Kamu ada nama? Nama siapa?


Hai! Nama saya Zuraini nama awak siapa? Eceh. Perbualan budak hingusan berumur x cukup 7 tahun. Masuk sekolah menengah saya ambil bahasa Arab selama empat tahun. Malangnya sampai sekarang x fasih berbahasa Arab. Pergi Arab nak baca signboard pon kantoi. Bila baca Al-Quran 15 ayat semuka surat, satu dua perkataan je yg tahu. Yg lain? Paham-paham sendiri.


"Muka ketat orang ngorat weyh!!" kata org sebelah.


Masa sekolah menengah saya ada kawan nama Nabila. Budak lompat. Bukan lompat kijang tapi lompat masa darjah tiga. Brilliant!. Dia pon ambil Arab dan satu dorm dengan saya. Jacaranda tapi diorang sebut jaga keranda. Budak hostel, x ada cerita hantu bukan hostel lah namanya. Perangai. Tapi Jacaranda itu bunga. Kejam betul dari bunga cantik tukar jadi benda seram.


Cantik kan?

Nak dijadikan cerita tadi saya baca artikel dekat iluvislam.com. Cerita pasal A,B,C dan nama. So saya olah sikit jadi cerita saya. Bukan copycat 101%. So pasal si Nabilah ni dia memang student yg tip top la. Pandai. Sesuai dengan nama dia. Nabila bermaksud pandai. Dah dari kecil sampai besar mama, ayah, datuk, nenek panggil Nabilah Nabilah atau bahasa melayu ye pandai memang jadi doa lah kan? 

Kebanyakkan orang yg saya jumpa bernama Nabilah semuanya pandai. Ini bukan pandai setakat result SPM hebat keluar sekolah result menjunam macam saya. Tehee.. Tapi diorang ni memang tip top. Ambil course bukan calang-calang even x dapat study abroad. Tapi si Nabila dalam cerita ni study abroad. Congrates gurl :D

Ada sorang senior saya Nabilah jugak nama dia. Masa sekolah biasa-biasa je. Sempoi. Nak kata study x ada lah sangat. Merewang je malam-malam. Biasalah, budak hostel. Malam hidup siang hibernasi. Dia enjoy-enjoy tapi class maintain 1st je memanjang. Kadang-kadang dapat silver award. Silver award tu macam dean's list la coz sekolah kitorg ni kira pointer.

Mari berhibernasi disebelah saya?

Orang kata dia gifted person. Fuh. Heaven ye x study teruk-teruk tapi result gempak memanjang. X payah susah hati nak tayang result dekat jiran sebelah. Ye dak? Jiran selalu kepoh. X kepoh x jiran lah kan. Senior saya ni SPM straight A1. Fuh! Ingat senang ke nak dapat straight A1 bila ada EST yg sentiasa buat slip SPM kelihatan dahsyat seperti 9A1 1C5.

In the nutshell, name is important in detemining ourselves. Eceh. Ayat ni la yg kami buat dalam essay. Baik mengaku cepat. (--'). So nak kata kat sini budak-budak sekalian xmau la main nama-nama org ok? Haha. Marilah berdoa dengan ikhlas untuk kesejahteraan bersama. Cewah poyos!

Selamat malam dear :D