20110829

Hati x tenteram.


Assalamualaikum

Ramadhan dah nak berlalu. Sayu. Amalan rasanya x cukup nak buat bekal di negeri akhirat kelak. Yang pasti neraka menyala-nyala bukan pilihan hati.

Syaitan syuh kau ke tepi. Jangan cuba bolak-balik kan hati ini. Ya Tuhan Ya Rabbi. Tolong tetapkan hatiku dengan agama mu yg suci ini.


Surah Al-Isra' ayat 80. Maksudnya: Dan katakanlah, Ya Tuhanku, masukan lah ku dengan masuk yg benar dan keluarkan lah ku pula dengan keluar yg benar dan berikanlah kepada ku kekuasaan yang menolong.

Tafsiran: 

Memohon kepada Allah supaya apabila kita memasuki sesuatu ibadah dan selesai dengannya dengan niat yang baik, penuh keikhlasan serta bersih dari riak dan dari sesuatu yg boleh merosakkan pahala.

Ayat ini juga mengisyaratkan kepada Nabi Muhammad s.a.w supaya berhijrah dari Mekah ke Madinah.

Memohon kepada Allah supaya kita memasuki kubur dengan baik dan keluar daripadanya di waktu hari berbangkit dengan baik juga.

Ya Allah, kami harapkan agar ibadah yg kami lakukan diterima oleh Mu.





20110827

Kahwin percuma!


Assalamualaikum

Lenguh lutut, longgar perut dek berjalan pusing bazar kat Giant. 1 Giant wa pusing derr!! Hebat x hebat penangan hari raya? Semua orang berpusu-pusu terjah bazar yg harga xderr la murahh sangattt..

Energy naik mendadak bila nampak bazar. Bila nak tadarus, mata kena sengkang ngan lidi sate. (--') Perghhh.. Owner blog ni menganjeng x pandang kiri kanan. Huhu

Tadi. Ada sorang brader ni punye lah bagus kan pegang buku Islamik kaler kuning. Saya pulak jalan ikut suka hati je kan. Sekali saya lalu depan dia, dia pi hulur kat saya.

Bila orang hulur barang direct macam orang hulur pamphlet kat kau. Sure sure la pikir ni barang free! Tehee. Then, spontaneously saya tanye.

Saya: Buku ni free ke?
Brader: Kawin free nak?

Ho ho hotak kau! Saya tanye lain anda jawab lain. Rasa-rasa brader nak dok hospital tingkat brape? Cer citer cer citer?

Hospital Tuanku Jaafar, Seremban- pilih la tingkat brape nak menginap (--')



20110823

The stethoscope.


Assalamualaikum

Tadi. Ramai doktor doktor muda lalu sebelah. Rasa x tenteram tiba-tiba. Ape kes? Entahlah.

Buang tebiat tetbe rasa meremang bila doktor lalu sebelah. Tolonglah jangan cakap jodoh sendiri dengan seseorang berpangkat doktor. :P

Saya suka pergi hospital. Yang penting bukan sebagai pesakit. Maybe just a visitor? As a doctor? Nurse? Pharmacist? Forensic specialist? Itu memang dah menyimpang jauh la. Sighs.

Stethoscope. Yeah. Trademark doctor. Dulu, stethoscope kakak saya simpan dalam almari. Saya buat main dengar perut kucing pregnant. Preggy queen. Cute right? Hee.. 

Tapi sebenarnya saya x berani pon nak pakai apetah lagi nak dengar. Just suruh my mom dengar my heartbeat n so for the preggy queen. Saya takut nak dengar. Apesal tah.Huhu

Tapi sekarang saya lah yg kena dengar semua tu. Its like music to us. Maybe it's one of the percussion group of musical instrument? Haha. Ingat drum je percussion huh?

Thanks God for all of this. :)

Mine, blue colour. Yours?

Kalau dah jodoh saya nak hantaran stethoscope yg paling canggih boleh? Penat la nak pakai yg biasa punye. Haha. *demand* 
Poyo gle entri ni.(--')


20110818

Takut

takut jika
Ramadhan ini yg terakhir
Bila besok hanya tinggal nama
Segala amalan tidak diterima
Tangisan hanya sia sia


Saya takut
sujud saya hanya dusta
doa saya hanya dibibir semata
Islam ye saya hanya di tinta


Saya takut ini semua pura pura belaka


Ya Allah hanya kau yg mengetahui isi hati
walhal saya sendiri tidak mengetahui
Saya buntu Ya Rabb.
Tolonglah daku
sesungguhnya Kau sebaik-baik Penolong.







Langkah keselamatan di bening Syawal


Assalamualaikum pembuka bicara (--')

Title x nak kalah je saya ni kan? Bajet kosa kata dah advanced. Bajet je tuhh..Sendiri paham tah tak. Ok. Persetankan saja. Mari kita sambung!

Bagi korang dan korang. Ye korang lah tu umah besar macam pejabat JPJ tu boleh la ikot tips ni. Digalakkan sama sekali.

Halaman rumah
Firstly, bila umah besar, halaman pon sure la besar kan? Saya x cakap pon lagi besar mcm padang  bola. Tabaik ouh korang ni perli perli. Hakhak. So, bila halaman besar, boleh la biar rumput rampai tumbuh meliar bak haiwan liar. Baru burglar tu konpius ni umah tinggal ke hape?

Secondly, bila tumbuh-tumbuhan dah tumbuh segar. Pokok serupa pokok balak kat hutan hujan tropika. Bela la plak burung hantu sekor dua. Biar dia dok bertengek kat pagar. Baru cool! X pon bela ular. Ape? Zirafah? Beragak la weyh.. Zirafah tu setakat pagar umah kau dia buat main tali skipping je. Buat bazir je bela.

I can see youuu!!

Rumah
Rumah pulak saya galakkan anda cat. Colour ape? Belang belang mcm zebra pon boleh. Apa budak-budak darjah 4 kata tu? Penyamaran? Bukan bukan. In English please. Yeah! Camouflage! Pandai. Tapi kan umah dah besar mcm JPJ punya pejabat so ape salahnya cat mcm diorang? X pon cat mcm balai bomba ke?



Cat sekarang dah mahal? Fine fine. Saya bagi tips kedua. Tips ni paling senang. Korang letak signboard for sell or to let. Stakat cardboard x kan mahal sgt? Buat kuih raya 25 balang boleh pulak kan. Haishh. Sekeh nak?



Terawikh oh terawikh


Assalamualaikum Malaysians!



Dulu, masa sekolah menengah terawikh memang full la kan except for some acceptable reason and yeah you know bout it already. Tapi! Ceh. Ada pulak nak tapi tapi. Tuhan x ada pulak nak tapi tapi ngn kau Zuraini. (--')

Tehee.. Iman x cukup tebal der. As you all knows, sekolah mesti lah ramai species manusia kan. Dah sah sah la saf tebal tahap 5 6 lapis. Imam toksah kata lah brape panjang dia bace. X peluh dahi x rukuk lagi weyh..

So saya n the gang memang ambil port hujung skali lah. Bukan saf ujung I mean saf belakang sekali. Bukan bukan. Ni 2nd or 3rd saf tp hujung tepi dekat pintu. Sebab ape? Nak rasa angin sepoi-sepoi bahasa. Nak harapkan kipas alamatnye kau buat air terjun semulajadi dalam telekung.

Masuk matric Alhamdulillah.. Terawikh masih istiqamah lagi even berlubang jugak la. Tabiat kitorang masa terawikh ni pelik skit. 

Blok budak pompuan kan banyak so banyak la bilik tv. Kat bilik tv ni lah selalunya kitorang terawikh dengan abe-abe yg jadi imam n makmum setakat 2 3 saf. Sure diorang segan nak datang blok pompuan. Tau dah. Haha

The best part is, kitorg pergi after Isyak. Then, p check bilik tv satu satu tengok sapa imam, dia baca best ke x n sapa paling laju solat coz nak cepat habes terawikh. Sungguh x senonoh.

Masuk U? Lagi x boleh harap. Orang p terawikh, budak-budak dlm umah dok berfesbuk. Bajet terawikh personally lah konon. Bajeeettt je tuh. Haha. Tapi bila dah cuti 4 bulan cam ni rasa mcm nak jd independent.

Independent lah sangat terawikh sorang-sorang dalam bilik. (--')


Selamat berterawikh semua :)


Rasa mcm nak buat 30 days challenge tu lah.
Idea kontang plus blog ni x byk pasal my personal life kn?
Apehal ayat bajet artis? Ingat org nak tahu sgt personal life kau?

20110811

Header gambar binatang entri mestilah cakap pasal binatang jugak.


Assalamualaikum everybody!

Syukur atas limpah kurnia-Nya kerana saya masih berjari dan mendapat kajayaan pada semalam hari. Apehal tulis macam nak bagi speech menang anugerah Bintang Popular? Ayat tunggang langgang ada hati nak jadi PA tolong buat speech. Haru biru.

Nampak species binatang berkaki empat di atas? Yg mustahak itu bukan lah species manusia berjari sepuloh.

Kawan-kawan,

Hari ni saya nak memperkenalkan beberapa baka kucing yakni Felis catus. Ini bukanye Felix the Cat atau pon Felix mana-mana yg xder kena mengena. Sesiapa yg nama Felix jgn nak tersentap di bulan Ramdhan ni. Tabaik. Understood?

Yang pertama dalam ranking! Sapa x kenal memang x layak bela kucing 18 tahun dari tarikh hari ni. Statistik saya mengatakan, bahawasanya kekerapan saya dicakar oleh Persian lebih tinggi berbanding dengan kucing lain. See? Persian garang x bertempat.

PERSIAN
Persian memang hidung x mancung. Sila redha.

Yg kedua. Toksah nak pertikai apehal telinga dia mcm tu. Even telinga mcm tu tapi harga beribu oi. Bocor poket korang gak. Sapa-sapa dah simpan niat nak memiliki sekor boleh menabung dari sekarang afdalnya. Kat Bangi ada. P lah cari. Kedai apa? Malas nak bagitahu. Hakhak.

AMERICAN CURL

U talking bad bout me? Beware! I can hear it!!

My all-time favourite. Serious ni yg paling awesome. AWESOME OKAYH NOT AWFUL. Kurang hasam. Bengal telah berjaya mencuri hatiku. Persian ko pergi main jauh-jauh. Alergik tahu?

BENGAL
See? Main piano pon pandai. I've told you. This is the most awesome cat in town!

Ha! Ni baru kucing Siam. Sapa cakap si Persian tu kucing Siam? Kecik buah pinggang dia tahu? Kasihan. Lahir oversea sekali orang cakap ko kucing Siam. Kesian si Persian kelahiran Iran.

SIAMESE
Diorang memang bermuka, berkaki dan tangan hitam. Harap maklum

Okayh. Ini kucing paling besar. Tapi janganlah melapau sangat nak kata Maine Coon sebesar harimau. Memang peda'ah. Saya pernah jumpa sekor. Nama dia Sin Chan. X mesra pengguna langsung. Sama macam Persian. Garang terlampau. 

MAINE COON
This is Maine Coon. Ehsan Google.

Maine Coon ni memang besar lah. Boleh buat bantal peluk tapi malangnya x mesra alam terutamanya yg alergik macam saya. Yg Sin Chan saya cerita tu memang gemuk habes. Flabby some more. Berat 7 kilo lebih. Bila dukung rasa macam ni kucing ke biawak? Malangnya, pure breed MC ada heart worm. Sadis.




20110805

#Pin point 3


Assalamualaikum.

Situasi 1:

Emak: Hari tu adik praktikal kat zoo negara jumpa binatang apa?
Saya: Ular!
Emak: Ular tu sakit apa?
Saya: Dia sakit gigi. Ciann..huu

Situasi 2:

Saya tengah baca paper. Selak punya selak terjumpa article pasal taman ular kat Ulu Bendul.
Saya: Fuyoo!!! Ada anaconda kat Ulu Bendul.
Emak: Dia buat apa kat sana?
Saya: Tah. Dia dah mati dah pon.
Emak: Apesal mati?
Saya: Cirit-birit. * buat muka x besalah

Have a nice day people. :D

Fine fine. Ular tu kecik je. Hehs. :P


20110802

Siapa x pernah main mercun memang pentipu besau!


Assalamualaikum kalian

Malas. Time bulan puasa ni lah kemalasan datang melanda. Bak kata cikgu ngaji saya dulu jangan biar akar palas belit awak. Owh. Terima kasih atas segalanya. Semoga roh atok dicucuri rahmat yg Maha Esa. :) 

Saya panggil beliau atok coz dia yg suruh. So humble yet so sweet. Selalu sedekah roti kat kami. Hee. :D

Mungkin seploh tahun dulu, x sure lah. Masa sekolah rendah. Fine fine. Zaman budak hingusan. Bebudak kampung sibuk main mercun time raya. Stok mercun banyak cam baru turun dari langit. Berleluasa sini sana mercun.

Cakap je nak mercun apa. Mercun lebah, papan, katak, gasing, bola, naga, mancis. Whatever ingat saya boleh ingat semua tu lg ke? Harhar. Tapi mercun bola memang tip top la. Ranking first memanjang. Bunyi padu dan jitu. Terbaik. Lagi-lagi bakar dalam tin. Pergh! Betul x budak-budak laki? haha!

KhairulFarhan saya pinjam okay?

In case you forgot, ni lah gambor mercun bola kegilaan ramai. Dulu time raya x pon nak dekat-dekat puasa memang cousin saya kaw-kaw ampu saya suruh balik kampung and vice versa. See? Kecik-kecik dah pandai goda pengaruh orang. Tehee.

Well, kampung syok kott!! Halaman luas boleh main galah panjang 4 set sekali jalan. Bosan berlari dalam umah sampai tv gegar-gegar kitorang lari luar rumah pulak x pon panjat pokok x pon ajak geng race basikal. Perangai laki pompuan samaaa jer!

Dulu, abang-abang sedara saya selalu buat cerita peda'ah yakni cerita tipu. 

Contoh:
Abang sedara: adik g la bakar mercun lebah tu!
Saya: oteh! 
Abang sedara: Adikkk!! Larikk!! nanti mercun tu kejar adik!!!

Mercun lebah

Kurang asem. Nampak sangat peda'ah ye tu. Sejak bila mercun tu ada mata nak kejar org yg bakar dia? Kepala lutut betul abang-abang sedara saya ni. (--') Tapi abang sendiri lagi best.

Contoh:
Abang: adik bakar lah mercun alang bagi tu. Halakan kat atas pokok.
Saya: oteh! nak bakar la ni. Nak buat mcm mana ni?
Abang: Nampak x ayam tgah tidor tu atas pokok tu? Adik hala kat bontot dia.
Saya: Oteh! cam ni ek? * sambil bakar bontot ayam sampai berbara bulu dia. Harhar..

Kejam? Saya kecik lah! Grr. Abg2 yg salah. Saya x salah. Tehee..





20110801

This is the reason why.







I should write something  'bout hadis
But end up this is the result.
Sighs.
Happy Ramadhan people.